Ucapan GB
Selamat datang diucapkan kepada anda yang sedang melayari laman web rasmi Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS). Laman web dibangunkan serta diselenggara oleh Unit Sistem Teknologi Maklumat POLIMAS bertujuan memberi berbagai maklumat mengenai POLIMAS. Laman web ini dikemaskini dari masa kesemasa bagi memuat maklumat terkini mengenai POLIMAS.
POLIMAS merupakan politeknik ketiga yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan/Kementerian Pengajian Tinggi. POLIMAS mula beroperasi pada tahun 1984 dengan menumpang di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar. POLIMAS berpindah ke kampus tetap di Bandar Darulaman pada tahun 1987. Tujuan penubuhan POLIMAS adalah mengeluarkan tenaga kerja separa profesional dalam bidang kejuruteraan, teknologi maklumat serta perdagangan bagi mengisi keperluan sektor awam dan swasta. Setelah beroperasi hampir 24 tahun, POLIMAS kini mempunyai pelajar seramai lebih 6200 orang dan staf akademik serta pentadbiran seramai hampir 500 orang. POLIMAS menawar berbagai kursus sepenuh masa diperingkat sijil dan diploma. POLIMAS juga turut menawarkan beberapa kursus secara sambilan (KSS) kepada mereka yang sedang bekerja. Mengikut perancangan kursus diploma lanjutan dalam bidang kejuruteraan mekatronik akan dimulakan pada tahun 2008.
Muat Turun Nota
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Matematik
Bahasa Jawa
Bahasa Inggeris
Matematik
Bahasa Jawa
Muat Turun Tutorial
Bahasa Malaysia
Sejarah
Bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris
Bahasa Arab
Borang Kelab & Persatuan
Kelab Sejarah
Kelab Fotografi
Kelab Fotografi