Hari SUKAN SKBJ akan diadakan pada hari Khamis 23.9.2010. Pastikan anda berpakaian sukan!
Beriltizam melahirkan insan berilmu, bertakwa dan berkualiti dari segi akademik, ko-kurikulum serta sahsiah bagi mewujudkan sekolah gemilang.
1. Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan jayanya dan berkesan.
2. Memastikan aktiviti ko-kurikulum mencapai kejayaan di peringkat tertinggi.
3. Memastikan sahsiah murid bertatasusila dan membanggakan semua pihak.
4. Mewujudkan iklim sekolah yang selamat, bersih, ceria dari segi fizikal, emosi, rohani dan intelek.
5. Menjalin hubungan akrab dan mesra dengan pelanggan sekolah.
Kami warga Sekolah Kebangsaan Peserian berjanji akan berusaha sedaya upaya ;
1. Memberi pendidikan yang terbaik bagi melahirkan insan berilmu dan bertakwa.
2. Mempertingkatkan pencapaian murid dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan sahsiah ke tahap cemerlang.
3. Mempertingkat kualiti dan sahsiah guru dan kakitangan sekolah supaya berilmu, berdaya saing, kreatif dan bersikap proaktif bagi menjayakan wawasan pendidikan negara.
4. Memberi perkhidmatan yang efisyen dan mesra kepada pelanggan yang berurusan dengan pihak sekolah.